Frequently Asked Questions
- Home
- FAQ

Soalan Lazim
Pinjaman koperasi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan (majlis), badan berkanun dan agensi kerajaan terpilih. Koperasi yang menawarkan pinjaman koperasi adalah berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Akta 1993. Pembayaran balik pinjaman koperasi dilakukan menerusi potongan gaji melalui Biro ANGKASA. Kebanyakan pembiayaan peribadi koperasi yang ditawarkan adalah berkonsep Syariah.
- Kaedah bayaran balik: Bayaran pinjaman koperasi dilakukan melalui potongan gaji peminjam oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Biro ANGKASA) atau Jabatan Akauntan Negara (AG). Bayaran balik pinjaman bank komersial lazimnya dilakukan melalui ‘auto debit’ atau bayaran ansuran ‘bank-in’ secara manual. Terdapat juga situasi di mana ada bank komersial yang menawarkan pilihan potongan gaji.
- Kriteria kredit:Kriteria kelulusan pinjaman koperasi adalah lebih mudah dan peminjam yang ada rekod negatif CCRIS/CTOS, komitmen tinggi atau disenaraikan di bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA) berpeluang untuk dapatkan kelulusan pinjaman koperasi. Kriteria kelulusan untuk pinjaman bank komersial adalah lebih ketat di mana peminjam yang ada rekod CCRIS atau CTOS yang kurang baik (bayaran pinjaman lewat melebihi 3 bulan), komitmen tinggi, atau disenaraikan bawah ‘Akaun Perhatian Khas’ (SAA); mungkin sukar untuk dapatkan kelulusan pinjaman daripada bank.
- Kadar faedah: Kadar faedah Pinjaman Koperasi biasanya lebih tinggi daripada Pinjaman Bank Komersial. Salah satu sebab kadar faedah Pinjaman Bank adalah lebih rendah kerana tempoh pinjaman adalah jangka panjang, berbanding dengan Pinjaman Koperasi di mana tempoh pinjaman adalah jangka pendek.
- Jumlah Bersih Bayaran Keluar (Payout): Biasanya pinjaman koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada peminjam. Kebanyakan payout pinjaman koperasi adalah antara lingkungan 80%-95%. Ini adalah selepas potongan takaful, duti setem, pembayaran balik bulanan, saham koperasi dan yuran keahlian. Selain itu, payout untuk pinjaman bank komersial adalah lebih tinggi sebab ia tidak termasuk potongan untuk saham koperasi dan yuran keahlian.
- Jenis pemohon: Pinjaman koperasi dikhaskan untuk penjawat awam. Permohonan pinjaman bank komersial terbuka kepada pekerja swasta, bekerja sendiri serta pekerja sektor awam. Tetapi, untuk pinjaman koperasi di mana pembayaran balik adalah melalui potongan ANGKASA, ia dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan pekerja GLC.
Untuk penjawat awam yang memilih kaedah pembayaran balik adalah melalui potongan gaji, anda mempunyai pilihan untuk memohon pinjaman bank dan pinjaman koperasi. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan:
Sesuai untuk memohon pinjaman peribadi bank jika :
- Mencari pinjaman peribadi berkadar rendah dengan payout tinggi
- Peminjam yang ada rekod pembayaran yang baik dan tiada rekod kredit negatif
- Peminjam yang ada komitmen hutang yang rendah
Sesuai untuk mohon Pinjaman Koperasi jika :
- Peminjam yang ada rekod kredit negatif, AKPK atau disenarai bawah Akaun Perhatian Khas (SAA)
- Peminjam yang ada komitmen tinggi di luar slip gaji
Pembiayaan peribadi koperasi adalah solusi yang mudah dan cepat untuk bantu anda selesaikan masalah kewangan anda.
Anda boleh mohon pembiayaan peribadi koperasi untuk membuat penyatuan hutang atau ‘overlap’ pinjaman lama atau hutang mahal untuk bantu kurangkan komitmen bulanan. Anda juga boleh gunakan pinjaman koperasi untuk mula atau mengembangkan perniagaan anda, ubahsuai rumah, beli kereta atau motor, bayar yuran pendidikan, perkahwinan dan juga untuk hal-hal kecemasan.
Amaun yang layak untuk mohon adalah bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pendapatan, komitmen bulanan dan sejarah kredit. Jumlah pinjaman maksimum adalah sehingga RM400,000 bergantung pada institusi kewangan.
Anda layak untuk mohon pinjaman peribadi koperasi jika anda adalah seorang penjawat awam di Malaysia dan :
- Warganegara Malaysia berumur 18 sehingga 68 tahun
- Pekerjaan Tetap dan Kontrak di sektor awam
- Pendapatan kasar bulanan minimum RM1,500
- Tidak muflis dan mampu membayar balik pinjaman
Soalan Lain-lain
Dokumen yang diperlukan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan MyKad depan dan belakang
- 1 bulan slip gaji Sah terkini
Ya, anda boleh dan ini akan membantu anda untuk rendahkan komitmen bulanan atau membolehkan anda dapatkan tunai dalam tangan tanpa meningkatkan komitmen bulanan. Jika anda membuat overlap dengan institusi kewangan yang sama, anda tidak perlu mohon untuk dapatkan surat penyelesaian hutang.
Kami adalah Perunding Pembiayaan Peribadi yang berpengalaman lebih dari 19 tahun. Kami menyediakan khidmat nasihat dalam pembiayaan peribadi Islamik dari institusi kewangan yang mematuhi prinsip-prinsip Shariah. Khidmat kami adalah eksklusif untuk penjawat awam Malaysia, kakitangan Badan Berkanun, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terpilih. Kami berpusat di Sabah.
Servis kami adalah 100% PERCUMA dan kami tidak akan meminta sebarang bayaran daripada pelanggan.
Proses memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi adalah sangat mudah. Semak kelayakan anda melalui platform kami dan kami akan bantu anda pilih pinjaman peribadi terbaik yang bersesuaian dengan keperluan anda. Loan konsultan berpengalaman kami akan menghubungi anda dan membantu anda dengan proses permohonan pinjaman dari A-Z.
Mohon pinjaman bank dan koperasi, semak kelayakan anda secara 100% percuma. Tiada caj tersembunyi.
